JAWAMAS ENTERPRISE (TR0075422T)
Jawamas
Enterprise
adalah
milik 100% Bumiputera. Syarikat ini adalah jenis ‘Pemilikan Tunggal’ ditubuhkan
pada 20hb Januari 2008 di Kuala Terengganu. Sekarang syarikat ini beroperasi di
NO.937-1 JALAN KEMAMAN/DUNGUN, KAMPUNG TANAH LOT, KEMASIK, 24200,
KEMAMAN,TERENGGANU. Lokasi yang strategik di antara laluan pusat utama lokasi
perindustrian minyak & gas di Kertih dan Pelabuhan Kemaman (KSB) di mana ia
adalah pelabuhan yang terdalam di Asia
Tenggara. Syarikat ini sesuai berada di lokasi tersebut kerana hanya 15km ke
KEMAMAN SUPPLY BASE (KSB) seterusnya
kawasan perindustrian Teluk Kalong dan hanya 45km ke Pelabuhan Kuantan yang
mana kawasan diiktiraf sebagai Kawasan Perindustrin Gebeng (KPG).
Kami Jawamas Enterprise
menyediakan pelbagai servis dan perkhidmatan. Jawamas Enterprise adalah salah
satu syarikat pemborong, pengedaran, dan peruncitan di dalam rangkaian
mengedarkan peralatan kelengkapan sekolah, alat tulis, kelengkapan pejabat ,menjual
hasil ternakan, menjual pakaian, produk makanan&minuman, produk
kecantikkan&kesihatan, perkakas computer, hiasan dalaman, cenderamata dan
sebagai kontrator binaan am. Aktiviti-aktiviti teras Jawamas Enterprise adalah
meliputi mengedarkan bahan-bahan pendidikan, alat tulis, pencetakan, dan perkakas Komputer. Dengan gabungan kepakaran
kami, setiap produk mampu dijual dengan harga lebih murah dan bermutu. Kami
mengutamakan perkhidmatan yang cekap dan cepat serta mengedarkan produk yang
berkualiti tinggi dan asli pembuatannya daripada pengeluar yang di jamin oleh
kerajaan. Oleh itu, secara tidak langsung Jawamas Enterprise berjaya
merealisasikan misi syarikatnya, menyediakan
perkhidmatan yang mudah, cepat dan terbaik untuk kepuasan pelanggan kami dari segi
perkhidmatan, kos pengangkutan, dan penjimatan masa. Selain itu, memangkin
wawasan ke arah mewujudkan masyarakat berilmu dengan menyediakan bahan-bahan
bacaan dan alat tulis yang berkualiti tinggi pada harga yang berpatutan.
Sehubungan
itu, syarikat ini merupakan syarikat yang menyediakan perkhidmatan menjual atau
membekal makanan dan minuman, pakaian sukan dan senaman seperti aerobik, jersi pasukan bola sepak dan lain-lain yang
berkaitan. Sebagai peruncit dan pembekal, kami lebih mengutamakan kualiti
sesuatu barangan bagi mengekalkan pembelian yang berterusan dari pelanggan.
Kami juga menyediakan perkhidmatan tempahan khas dari pelanggan khususnya untuk
membekalkan tempahan kuah rojak serta buah-buahan (pakej) , catering dan
berkaitan.
Barangan
atau produk yang dibekalkan adalah barangan/produk yang bagus dan berkualiti,
murah harganya berbanding harga di premis yang lain. Selain itu, pelanggan
bebas membuat pilihan dan berbelanja. Produk-produk yang dibekalkan adalah
terus dari pengedar-pengedar yang sah. Kami juga menyediakan penghantaran yang
tak kira dekat ataupun jauh. Pelanggan adalah keutamaan kami tanpa mereka
siapalah kami. Sehubungan itu, kebaikan yang dapat diberikan kepada pelanggan
adalah kepuasan membeli, mudah, cepat, teratur dan berpatutan dengan hanya
menggunakan talian fax, telefon, dan email kepada kami.
Jawamas Enterprise menekankan perkhidmatan bekalan produk
yang berkualiti pada harga yang berpatutan. Perniagaan Jawamas Enterprise ini bukan setakat berperanan
sebagai pengedar tetapi juga sebagai penyedia perkhidmatan/servis kepada
pengguna.
Jawamas
Enterprise juga menyediakan khidmat nasihat dari segi pemilihan bentuk, saiz, fungsi
dan kualiti sesuatu produk yang sesuai untuk digunakan. Harga yang berpatutan
dan penghantaran yang cepat memudahkan segala kerja kedua-dua pihak. Berhubung
dengan itu, kami menyediakan kemudahan pembelian secara tunai dan kredit.
OBJEKTIF
:
Perkhidmatan
yang baik adalah perkhidmatan yang mengambil kira langkah “keselamatan, pengahantaran cepat, dan harga yang berpatutan”. Tak
mengira kecil atau besar kami bebesar hati menyediakan kualiti servis yang
bagus kepada semua keperluan anda.
MISI
:
Misi
kami ialah menyediakan perkhidmatan yang mudah, cepat dan terbaik untuk kepuasan pelanggan kami dari segi
perkhidmatan, kos pengangkutan, dan penjimatan masa. Selain itu, memangkin
wawasan ke arah mewujudkan masyarakat yang berilmu dengan menyediakan
bahan-bahan bacaan dan alat tulis yang berkualiti tinggi pada harga yang
berpatutan.
